Saturday, January 22, 2011

Apakah Erti Mimpi itu???? hmmm... ;(

untuk post kali ni aku nk kongsikan tentang mimpi aku pg td... huhu... 

mimpi sedih, buruk  n boleh d katakan paling ngeri dlm hidup aku....

apakah maksud mimpi itu? Ya Allah Ya Tuhanku, aku mohon padaMu Ya Allah, lindungilah ibu bapaku, 

jauhkanlah mereka dr segala penyakit, sihatkanlah tubuh badan mereka Ya Allah....

Sesungguhnya aku sayangkan mereka lebih dr segalanya... tanpa mereka, siapalah aku d dunia ini....;(

kisahnya bermula begini....

---------------------------------------------------------------------------

aku tidur dgn nyenyaknya semalam...hinggalah ke satu saat aku terkejut dan terjaga dr tidur...

berpeluh-peluh muka ku....rupa-rupanya aku bermimpi....

aku bermimpi ibu yg aku sanjung dan aku sayang, jatuh sakit yang amat teruk....

aku sendiri xtau apa punca penyakitnya.... ibu d masukkan ke hospital sudah hampir sebuan, tapi dr. sendiri 

tidak dapat mengesan penyakit ibuku....setiap hari aku merintih kesedihan.... 

ibuku yg selama ini periang dan ceria menjadi kaku d atas katil....dlm erti kata lain....koma.... 

setiap hari aku bertanya pd ayah, apa penyakit ibu sebenarnya, jika ibu perlukan organ, aku sanggup

dermakan organku pd org yg aku syg.....aku xsanggup lagi melihat ibu terlantar begitu.... aku buntu!

ayah hanya mampu diam membisu....tiada sebarang jawapan keluar dr bibirnya.....

aku sendiri xpasti sama ada ayah tahu penyakit ibu dan tidak mahu berkongsi denganku, ataupun

ayah juga seperti aku, masih tertanya-tanya..... dr sendiri tidak memberi sebarang harapan pdku....

ibu yang dulu ceria bersama-sama anak-anak asuhannya kini diam kaku....hilai tawanya bersama anak-anak 

lenyap sekelip mata......aku sedih! dalam pd itu, aku juga berharap agar masih ada harapan sembuh buat 

ibuku satu hari nanti......

jika dulunya kehidupan kami walaupun boleh d katakan sederhana sahaja, aku bangga dgn kedua ibu bapaku,

aku dan adik xpernah putus bekalan wang ringgit.... sekarang kehidupan kami berbeza, semua wang yg ada 

digunakan untuk menampung perbelanjaan semasa ibu d hospital... yang paling menyayat hatiku, ayah 

terpaksamelakukan dua kerja....d sebelah pagi seperti kebiasaanya, ayah akan menuju ke airport sebagai

seorang pemandu teksi, dan d sebelah petangnya pula, mencari pendapatan tambahan sebagai  penjual 

aiskrim........aku sedih! tapi apakan daya, aku terpaksa menjaga ibu d hospital.........maafkan aku........

pada awalnya aku sendiri tidak mengetahui apa yg ayah lakukan pd sebelah ptg kerana ayah hanya akn

melawat ibu pd sebelah malamnya.... sehinggalah pd suatu ptg aku terserempak dgn ayah d salah sbuah 

stesyen minyak berhampiran dgn tempat ibu d rawat..... barulah aku tahu apa sebenarnya yg terjadi.......

perasaanku bercampur baur.......aku sedih, bangga, dan mcm2 lagi........ aku sendiri xpasti apa yg akan 

terjadi  dgn nasib ibuku.....

KERANA...........

pd suatu petang, aku ternampak kelibat ayah d belakang rumah, sedang termenung dan memikirkan 

sesuatu....aku terpaksa beranikan diri untuk menyapa....

bagaikan mahu gugur jantungku mendengar pengakuan ayahku.....

dr sendiri sudah pasrah dan tidak mahu merawat ibu lagi.... aku begitu sedih dan hanya berharap hanya 

keajaiban yg akan berlaku....

---------------------------------------------------------------------

aku pun terjaga dr tidur.......apakah maksud mimpi itu? aku sendiri tidak pasti sama ada untuk mempercayai 

atau tidak.... dan aku berharap itu hanya lah mainan  tidur........

Ya Allah Ya Tuhanku....jauhkanlah keluargaku dr segala penyakit ....hanya padaMu aku bermohon......

selagi hayat di kandung badan, selagi itu aku akan berusaha melindungi keluargaku...... itu janjiku!

InsyaAllah.........=)

No comments:

Post a Comment