Saturday, January 29, 2011

Here I come....^^,

28 january 2011...

6: 30 pm:aku dah mula start mandi n bersiap untuk menuju ke seksyen 17...

7: 00 pm: aku mula gerak dr puncak....

7: 30 pm: bas smpai.....aku pun bgerak menuju ke seksyen 2

8: 10 pm: smpai @ seksyen 2.....perut mula menyanyi-nyanyi....

8: 20 pm: aku menuju ke 7e yg berhampiran untuk mencari bekalan kredit...hehe...{penting2.... untuk rojer          encik ibrahim nnti }....ngeeee

8: 30 pm: mula melangkah masuk ke restoran KFC bertentangan dgn tempat aku mencari bekalan kredit td..... [ade org kata kt situ kfc nye xsedap.....tp pasrah je la...sbb perut aku dah mula tukar2 lagu] ...haha ....

8: 45 pm: selesai mkn.....aku pun mula mengatur langkah menuju ke stesyen teksi berhampiran untuk meneruskan perjalananku ke stesyen bas seksyen 17 shah alam......

8: 55 pm: nasib aku baik....ade sbuah lg teksi yg masih kosong menunggu penumpang.... dan sekali lagi nasib menyebelahiku kerana pemandu teksi tersebut adalah warga tempatan berketurunan melayu.... [ kalau india, mmg aku xnaik.....konfem....takut siot....dah la sorang! ]

9 : 15 pm: aku tiba d tempat yang d tuju.....beribu-ribu manusia membanjiri tempat tersebut seperti wujudnya pesta balik kampung d situ....... bermacam2 bau yg wujud....hatiku mula berdetik....'jgnla aku terbau rokok'... xpasal2 nnti aku muntah sepanjang perjalanan menuju ke jitra.........

9: 35 pm: bas yang ingin aku naiki masuk ke laluan bas.....aku mula meletakkan bagasiku ke bahagian perut bas tersebut.....dan terus menunjukkan tiket untuk d periksa....setelah selesai....aku mula melangkah mencari tempat yg sepatutnya....

9: 45 pm: aku sudah berada d tempat dudukku...seat 6c, double seat... hatiku mula berdetik 'sapela sebelah aku nnti....jgn laki dah le....xlarat nk tanggung bau n tdo diorg'....

9: 50 pm: aku turun ke toilet....toilet plak xde air....kene angkat air dulu baru dpt 'lepaskan hajat'... geram!

9: 55 pm: aku menuju ke tempat ku semula dan mula menyarung sweater untuk menampung kesejukan yg ada.... tiba-tiba....dtg sepasang kapel....mencari tempat mereka....kedengaran mereka berbisik...'knp 6c ade org?',,,,,aku mula tertanya-tanya 'slh seat kah aku?'....ape lg....capai tiket dan trus cek.....pd tiket ku tercatat seat '6c'....ternyata...aku benar!....kapel mula gelisah kerana xmendapat double seat....timbul perasaan simpati....aku pon bertanya....'knp? nk tukar seat ke?'....dgn pantas si pmpuan menjwb, 'boleh ke?'.... tanpa membuang masa, aku menganggukkan kpl...dan trus bgn berpindah ke seat '6a'... dapat single seat! hehe best!

10: 00 pm: bas mula bergerak menuju ke utara tanah air.....sepanjang perjalanan aku tidak dapat melelapkan mata....aku di serang batuk! siksanya......;(
4: 15 am: tepat jam 4: 15 am....aku smpai d destinasiku.....JITRA! yeah.........akhirnya! =)

4: 40 am: lebih kurang jam 4: 40 am, aku smpai d rumah kesayanganku....'home sweet home'.....

4: 55 am: aku terus merebahkan badan ke katil kesayanganku.....akhirnya.....terus lena d buai mimpi! 

bahagia sangat-sangat ....dpt balik rumah....jmpa mak, ayah.......seronok! i'm hepi berganda-ganda.... hehe =)










Wednesday, January 26, 2011

Berkapel cara ISLAM~~~

Islam adalah agama yang syumul. 

Sebuah agama yang lengkap. Islam tidak mungkin menyekat fitrah manusia yang sememangnya ingin menyayangi dan ingin disayangi.

Untuk apa Allah menciptakan manusia berfitrah seperti sedia ada jika manusia akan diperintahkan untuk membunuh fitrahnya itu?

Ajaran Islam telah diturunkan oleh Allah untuk memasang bingkai agar kemahuan manusia itu dapat disalurkan dengan cara yang terbaik. 

Selain itu, Islam menutup rapat jalan kemaksiatan dan membuka seluas-luasnya jalan menuju ketaatan serta memberi dorongan kuat ke arah perlaksanaanya.

Rasulullah s.a.w. pernah mengecam salah seorang sahabat yang bertekad untuk tidak bernikah.

Ini merupakan salah satu bukti bahawa Islam mengakui fitrah manusia yang ingin mengasihi dan dikasihi atau mencintai dan dicintai.

Percintaan dalam Islam hanyalah selepas termetrainya sebuah ikatan pernikahan antara dua insan, iaitu setelah bergelar suami isteri. Islam telah menggariskan panduan dalam menuju ke arah gerbang perkahwinan ini.


p/s: aku sendiri masih terkapai-kapai....sama-samalah kita renungkan....

Saturday, January 22, 2011

Apakah Erti Mimpi itu???? hmmm... ;(

untuk post kali ni aku nk kongsikan tentang mimpi aku pg td... huhu... 

mimpi sedih, buruk  n boleh d katakan paling ngeri dlm hidup aku....

apakah maksud mimpi itu? Ya Allah Ya Tuhanku, aku mohon padaMu Ya Allah, lindungilah ibu bapaku, 

jauhkanlah mereka dr segala penyakit, sihatkanlah tubuh badan mereka Ya Allah....

Sesungguhnya aku sayangkan mereka lebih dr segalanya... tanpa mereka, siapalah aku d dunia ini....;(

kisahnya bermula begini....

---------------------------------------------------------------------------

aku tidur dgn nyenyaknya semalam...hinggalah ke satu saat aku terkejut dan terjaga dr tidur...

berpeluh-peluh muka ku....rupa-rupanya aku bermimpi....

aku bermimpi ibu yg aku sanjung dan aku sayang, jatuh sakit yang amat teruk....

aku sendiri xtau apa punca penyakitnya.... ibu d masukkan ke hospital sudah hampir sebuan, tapi dr. sendiri 

tidak dapat mengesan penyakit ibuku....setiap hari aku merintih kesedihan.... 

ibuku yg selama ini periang dan ceria menjadi kaku d atas katil....dlm erti kata lain....koma.... 

setiap hari aku bertanya pd ayah, apa penyakit ibu sebenarnya, jika ibu perlukan organ, aku sanggup

dermakan organku pd org yg aku syg.....aku xsanggup lagi melihat ibu terlantar begitu.... aku buntu!

ayah hanya mampu diam membisu....tiada sebarang jawapan keluar dr bibirnya.....

aku sendiri xpasti sama ada ayah tahu penyakit ibu dan tidak mahu berkongsi denganku, ataupun

ayah juga seperti aku, masih tertanya-tanya..... dr sendiri tidak memberi sebarang harapan pdku....

ibu yang dulu ceria bersama-sama anak-anak asuhannya kini diam kaku....hilai tawanya bersama anak-anak 

lenyap sekelip mata......aku sedih! dalam pd itu, aku juga berharap agar masih ada harapan sembuh buat 

ibuku satu hari nanti......

jika dulunya kehidupan kami walaupun boleh d katakan sederhana sahaja, aku bangga dgn kedua ibu bapaku,

aku dan adik xpernah putus bekalan wang ringgit.... sekarang kehidupan kami berbeza, semua wang yg ada 

digunakan untuk menampung perbelanjaan semasa ibu d hospital... yang paling menyayat hatiku, ayah 

terpaksamelakukan dua kerja....d sebelah pagi seperti kebiasaanya, ayah akan menuju ke airport sebagai

seorang pemandu teksi, dan d sebelah petangnya pula, mencari pendapatan tambahan sebagai  penjual 

aiskrim........aku sedih! tapi apakan daya, aku terpaksa menjaga ibu d hospital.........maafkan aku........

pada awalnya aku sendiri tidak mengetahui apa yg ayah lakukan pd sebelah ptg kerana ayah hanya akn

melawat ibu pd sebelah malamnya.... sehinggalah pd suatu ptg aku terserempak dgn ayah d salah sbuah 

stesyen minyak berhampiran dgn tempat ibu d rawat..... barulah aku tahu apa sebenarnya yg terjadi.......

perasaanku bercampur baur.......aku sedih, bangga, dan mcm2 lagi........ aku sendiri xpasti apa yg akan 

terjadi  dgn nasib ibuku.....

KERANA...........

pd suatu petang, aku ternampak kelibat ayah d belakang rumah, sedang termenung dan memikirkan 

sesuatu....aku terpaksa beranikan diri untuk menyapa....

bagaikan mahu gugur jantungku mendengar pengakuan ayahku.....

dr sendiri sudah pasrah dan tidak mahu merawat ibu lagi.... aku begitu sedih dan hanya berharap hanya 

keajaiban yg akan berlaku....

---------------------------------------------------------------------

aku pun terjaga dr tidur.......apakah maksud mimpi itu? aku sendiri tidak pasti sama ada untuk mempercayai 

atau tidak.... dan aku berharap itu hanya lah mainan  tidur........

Ya Allah Ya Tuhanku....jauhkanlah keluargaku dr segala penyakit ....hanya padaMu aku bermohon......

selagi hayat di kandung badan, selagi itu aku akan berusaha melindungi keluargaku...... itu janjiku!

InsyaAllah.........=)

Sensitiviti Foto Di Laman Sosial.........Facebook...Tweeter...Friendster....

Bagaimana agaknya perasaan seorang lelaki seandainya dia tahu bahawa gambarnya sedang diamati dan dilihat orang asing. Mungkin tiada apa-apa kesan kepada individu tersebut. Baginya normal untuk seseorang melihat wajahnya. Malah mungkin timbul rasa bangga dengan ke-macho-an dirinya yang dilihat orang lain. Lagi bertambah suka di hati jika yang melakukannya ialah secret admire.

Tapi bagaimana kalau posisi lelaki tersebut ditukar kepada wanita. Bukan sebarang wanita tetapi seorang muslimah pula. Jika dahulu, foto kita hanya dimiliki oleh diri sendiri sahaja tetapi sekarang dengan kemunculan laman sosial, segalanya menjadi amat mudah. Hanya tekan butang upload dan gambar itu akan terpapar di sesawang internet seluruh dunia. Jika diperhatikan, banyak kebaikan yang hadir dengan kemajuan teknologi dalam photo sharing yang boleh dimanfaatkan bersama tetapi rasanya, cuba kita singkap keburukan dan kelemahannya pula.

Seandainya kita melayari laman sesawang yang menawarkan khidmat group, pasti akan terlihat pelbagai jenis foto manusia yang tidak pernah sekali pun bersua. Apatah lagi, sekiranya foto itu telah dibedah dengan Photoshop. Kadang kala, gambar yang peli-pelik pun ada. Usah diperkatakan dengan gambar-gambar terlarang. Pernahkah kita membayangkan perasaan orang yang mungkin terlihat foto seorang muslimah (kerana rasanya gambar lelaki tidak menjadi rebutan)? Jika yang baik dan tinggi imannya, akan terus menekan butang close. Tapi yang kurang imannya pula bagaimana?





Ramai rakan-rakan kita yang memiliki Facebook  pastinya akan dan ingin berkongsi saat-saat manis mereka. Jika tiada, kenalannya pula akan tag gambar beliau. Timbul rasa musykil bila melihat gambar-gambar ini. Selamatkah? Tidak mengapakah kalau orang tengok? Aku tengah tidak pakai tudung waktu ini, orang lain tangkap gambar. Yang lelaki juga tidak terlepas dosa memperlihatkan auratnya secara global.

Pasti timbul pelbagai syubhah di hati kerana tahu ianya salah tapi ingin juga dibenarkannya. Akhirnya, satu hari, kita lihat gambar kita yang telah di-edit terpampang di laman-laman yang tidak sepatutnya. Ditambah dengan nombor telefon yang diletakkan di profile, hidup kita akan "diserikan" dengan panggilan pelik.
Mungkin kes di atas hanya satu dalam sejuta. Tapi kita perlu sedar, kita ialah satu dalam sejuta itu.  Maka, beringat-ingatlah seandainya ingin berkongsi foto secara online.  Minta kawan remove seandainya gambar yang di-tag itu menyentuh hak peribadi sebagai seorang muslim mahu pun muslimah. Insyaallah, kita akan lebih tenang dalam dunia siber yang semakin meluas hari ini.

IkL!m vs S!kaP MaNus!a ^^,

 
Tahukah anda salah satu keadaan yang mempengaruhi perangai manusia adalah iklim? Ia bukan sahaja mempengaruhi perangai dan sikap manusia tetapi juga mempengaruhi cara manusia berfikir dan bertindak. Bagaimana ini boleh berlaku?

Di dunia, kita mempunyai pelbagai jenis iklim atau dengan kata lain cuaca dan musim. Di luar sana kedapatan kepelbagaian iklim seperti 4 musim, tundra, tropika dan panas. Bagaimanakah keadaan ini sangat mempengaruhi manusia?

Ia tidak memerlukan satu penerangan saintifik untuk memahaminya. Adakah mudah untuk memperoleh bekalan air ditengah-tengah padang pasir? Bayangkan seorang perantau yang merentasi padang pasir yang hanya berbekalkan sebotol air mineral, adakah perjalanan ia akan menjadi mudah? Bukankah kalau kehabisan air boleh menyebabkan perantau padang pasir menghadapi risiko maut?

Bagaimana pula di Malaysia, adakah kita risau jikalau hanya membawa sebotol air mineral ketika bermusafir? Andai tiada sebotol air pun di dalam kenderaan, kita langsung tidak pernah risau dan tertekan.Tidak pernah kita mendengar orang mati kehausan di Malaysia ketika bermusafir.

------------------------------------------------------------------------------------------------------

---TEKANAN MENJADIKAN PILIHAN---

Apakah pilihan yang ada bagi manusia yang tinggal di kawasan yang mempunyai iklim seperti tundra, panas dan 4 musim? Mereka tiada pilihan melainkan menyesuaikan diri dengan keadaan untuk meneruskan kehidupan.

Contohnya perubahan cuaca di iklim 4 musim yang berubah daripada musim panas ke musim sejuk. Musim sejuk kebiasaannya akan membawa masalah bekalan makanan. Jadi sudah menjadi kebiasaan setiap tahun bagi mereka yang duduk di iklim ini sentiasa bersedia untuk menyimpan makanan bagi persediaan musim sejuk. Andai mereka lalai, akibatnya mereka akan kelaparan dimusim sejuk.

Di padang pasir pula, apabila sudah menjadi persepsi asas bahawa air sukar diperolehi, maka orang sedia tahu bahawa mereka perlu sentiasa bersedia dengan bekalan air. Andai putus bekalan air dalam bermusafir, ia mungkin boleh menyebabkan maut. Orang yang tinggal di tundra sentiasa mempastikan mereka mempunyai pakaian yang sesuai dengan kesejukan. Hilang pakaian tebal, maka mereka akan menghadapi risiko kesejukan yang boleh menyebabkan kematian.

Tidak kurang juga mereka yang tinggal dinegara beriklim ini sering menghadapi bencana alam. Tidakkah anda melihat mereka tiada pilihan melainkan mencari jalan bagaimana membuat petempatan yang bersesuaian untuk menghadapi bencana-bencana seperti ini?

Tiada pilihan membawa manfaat

Apabila kita terlalu banyak pilihan, manusia biasanya banyak menghabiskan masa berfikir untuk memilih. Berbeza dengan mereka yang tiada pilihan, mereka akan menghabiskan masa dengan bertindak.

Inilah yang secara tidak langsung menjadi latihan semulajadi yang membentuk sikap seseorang mengikut keadaan iklim masing-masing. Orang dinegara 4 musim amat terbuka pemikiran mereka terhadap idea kehidupan. Ini adalah kerana idea yang bernas akan memudahkan kehidupan. Kerana itu orang putih kebanyakannya sangat terbuka pemikiran mereka. Ini kerana pada setiap perubahan musim, mereka perlu berbuat sesuatu sebagai persediaan.

Berbeza di iklim tropika seperti di Malaysia. Begitu ramai anak muda yang malas dan membuang masa. Mengapa? Kerana mereka tidak perlu risau kerana tiada perubahan musim seperti diluar negara. Cuaca di Malaysia tidak akan membuat mereka maut jikalau putus bekalan air. Andai kata tiada kerja sekalipun, mereka hanya perlu pergi ke rumah ibu ayah dan membuka tudung saji.

Bagi negara yang kerap ada bencana alam, rakyatnya sentiasa mempunyai inovasi untuk mencipta sesuatu bagi survival kehidupan. Rekabentuk dan kejuruteraan rumah contohnya bagi negara yang sering mempunyai gempa adalah berteknologi tinggi. Andai gempa berlaku setiap bulan, rumah mereka masih berdiri teguh dan tahan. Di Malaysia, tiada gempa sekalipun, bangunan sudah retak dan bocor. Malah ada yang roboh.

----------------------------------------------------------------------------------------------

---HAYATI KEJADIAN ALLAH---

Sesungguhnya Allah itu Maha Bijaksana. Dalam benak kita berfikir sukarnya mereka yang tinggal di iklim yang sulit. Tetapi pada mereka ia sudah menjadi kebiasaan. Kebiasaan itu secara tidak langsung mematangkan mereka dengan lebih pantas. Berbeza bagi penduduk tropika yang tiada tekanan dan tidak menghayati perkara ini. Allah memberi mereka kesulitan pada mata kasar tetapi Allah beri kelebihan peluang mematangkan diri dari masalah yang diberi. Mereka lebih berpeluang mencipta ilmu berbanding kita di Malaysia.
Kerana itulah pepatah orang lama berbunyi,'banyak berjalan luas pemandangan'. Kita pasti akan teruja melihat cara orang luar menyesuaikan diri dengan iklim dan mukabumi mereka. Orang Malaysia dan orang beriklim tropika harus bersyukur di atas pemberian tuhan ini kerana iklim dan cuaca di sini adalah satu anugerah yang diidamkan mereka yang tinggal di iklim yang memberi ancaman.

Mengapa Rasulullah bersabda 'tuntutlah ilmu walau ke negeri china'?. Mengapa tidak menuntut ilmu dengan orang cina? Hakikatnya, selain daripada bangsa cina itu sendiri yang mempunyai keunikan, hadith ini menggesa manusia bergerak keluar dari tempat sendiri meneroka budaya, cara hidup, kehidupan dan keadaan ditempat orang. Seandainya kita tidak berpeluang memperoleh rezeki untuk mengembara, tanyalah daripada mereka yang pernah merantau. Dapatkan perkongsian tentang apa yang ada di dunia luar sana.
Sesekali belajarlah bersusah-susah dan berani menghadapi susah. Hakikatnya kita mengajar diri untuk menghayati betapa sukarnya kehidupan orang lain dan memahami mengapa orang lain mampu berfikir dan bertindak lebih mantap dari kita. Wallahualam.

Friday, January 21, 2011

LeT's Have SoMe FuN...

Assalamualaikum....


agak lama rasanya aku tidak menjengah ke Blog syok sendiriku..haha..

Sebenarnya Blog ni Aku Anggap Mcm Diari aku ja....mls nk mencoret d buku! Ni la Perkembangan teknologi

Namanya.... Kalau boLeh seMua Benda aku nk Buat Online...Tapi Xkan Mandi Pon Nak Online koT...!

ooppsss....TERover Plak! hahaha POYOS!

aku dah lama berniat nk berkecimpung dlm dunia PENULISAN ni....insyaalllah.... one day kalo hajatku

termakbul...aku nk jadi kn penulisan ni kerja + hobi sampinganku... ( Ya Allah Ya Tuhanku... Dengar lah

suara hatiku, Makbulkanlah niatku Ya Allah)...

--------------------------------------------------------------

next Episod is...

aku nk story skit pasal cuti smlm.....ermm...BEST! dating  ngan K'kwn!

semalam dgn rasminya terjejaklah kami beramai2 ke BUKIT CAHAYA SRI ALAM ataupun nama kunonya

Bukit Cerakah!  best lajugak...tp...hm....PENAT! 

Seawal jam 6.30 pg aku dah Mula membuka mata untuk menunaikan kewajipan sebagai umatNYA...

Selesai solat subuh,niat d hati nak sambung tdo lg....TAPI apakan daya....mata xmo lelap... haha...
Sebab semangat nk p kot... last2 pusing2 je la kt katil 2 smpai 8 pg...Then...aku mula bersiap nk g ambk 

keta ...baru ja semangat nk berjalan dgn housemate tersyg tu dtg...tiba2 ja hlang skelip mata! 

AL-kisahnya bermula dgn keta yg tlah lama aku tempah sebelum menjelangnya hari kejadian d beri pd org 

lain! hampeh! angin aku mula la nk naik smpai kpala! haha.... aku kan BARAN....=p

last2....nasibla dpt gak sewa keta dr org lain plak...smangat tu dtg balik....kami dpt keta yg better dr b4 tu..

betul la org ckp, setiap kejadian ada hikmahNYA >>>>

at the end...kami smpai around pkul 12.30 pm...awal2 tu teruja gila.....tp....lama2 dah mula meredah bukit 

cerakah tu..mula la rasa nk balik....penat gla....!adui~~~

tapi....ok la....best gak...yg penting dpt bjln ngan kwn2....hepi~~~

tempat yg plg best n menarik @ bukit cerakah is...Rumah Iklim Sederhana 4 Musim... n yg paling menariknya

sekrg ni.... musim WINTER! ngeee...........sejeuk! best sngt2......=)




----------------------------------------------------------

Lepas dah puas ronda2 sekitar bukit cerakah tu....kami gerak menunaikn kewajipan yg seterusnya d slh satu

masjid yg kubahnya terbesar! menarik! dan aku sangat teruja melihatnya....
then...kami gerak ke jusco bukit raja plak...best la gak, tp xde smangat langsung nk shopping!

NASIB xde smangat! kalo x, habis duit aku yg hanya tinggal seberapa je....haha.... selamat!
yg menariknya....kami berjaya untuk try menjejeakkan kaki ke KENNY ROGERS....1st time dlm hdup 

aku... dpt rasa mkn makanan tu...haha....taste die pon ok la....not bad! cuma harga je la.... untuk mkn 

sekerap mungking mcm kfc tu...xmungkin terjadi kot! haha

 tp ok la, at least kalo org tanya, aku da penah rasa da.....ngeee....~~~

------------------------------------------------------------

then....sebelah mlm nya plak, kami menuju ke i-CITY<<<<<.... 1st time msuk je ke jln tu... aku dah mula 

truja gla! huhu...al-maklum la xpenah menjejakkan kaki lg...huhu

tapi yg kurang best nya, time 2 aku dah letih gla.... dgn drive lg, d tambah plak dgn bnyk bjalan d bukit 

cerakah tu...haha......tapi pape pn....we all enjoy! hepi~~~



Monday, January 3, 2011

SeLaMat Tingal 2010...WelCoMe To 2011 ^^,

Assalamualaikum...

Agak lama Rasanya tidak menjengah ke blog... haha... bukan 

xmahu...tp x bkesempatan! banyak bnda yg perlu di setlekn b4 

kembali ke shah alam....insyallah lepas ni akanku peruntukan masa

yg ada sebaik mungkin untuk menjengah ke blog walau sesibuk 

manapun.... ngeee... =)



firstly sudah tentunya urusan rumah yang erlu d utamakan... aku

sebagai anak sulung punyai tanggungjwb yg besar yg perlu ku

pikul... sebagai insan bergelar anak, kakak n sebagainya, aku 

perlu tunaikn permintaan keluarga... 



emak memerlukn bantuanku untuk mencantikkan lg teratak usang 

kami... ( sbnrnya tak la usang sangat... riuh rendah dgn jeritan

anak2 jagaan ibuku)... hehe... ceria sangat2 dgn kehadiran 

mereka... aku gembira melihat ibu n ayahku tersenyum riang...

anak2 kecil itu menjadi pengubat rindu kedua ibu bapaku tatkala

aku n adik berjauhan d perantauan menuntut ilmu ...



berbalik pd cerita asal... emak menyuruh ku mengecat rumah...

sedangkn kerja itu memerlukan kudrat seorang lelaki...apakan 

daya, hanya aku yg ada untuk memenuhi kehendak emak... 


aku setlekn 1 persatu... dan alangkah bertuahnya...adik pulang ke

rumah untuk menghabiskan cuti pertengahan semester nya baru2

ini...dan kami selesaikn kerja mngecat bersama... wah.... ringan 

lah bebanku.... credit to Mohd Ismail Ibrahim... satu2 nya adikku

yg tersayang!



kami menghabiskan 4 hari untuk menyiapkn kerja2 mengecat 

tersebut...yg merangkumi ruang dalam, luar, depan, n belakang 

rumah.... itupun bukan keseluruhan dinding rumah...hanya bahagian

tertentu sahaja.... banyak lagi kerja kami sebenarnya....tp 

apakan daya, waktu mencemburui kami.... akhirnya, 2 hari sebelum 

pulang ke k.l, rumah kami menjadi tumpuan jiran2... mereka kagum

dgn kami ...haha... (mcm bangga la plak kn? haha... )...


.........................................



tahun 2010 juga ku tinggalkn dgn ramai kenalan2 dan saudara mara 

ku yg bertunang dan xlupa juga yang menamatkn zaman bujang n dara

masing2....TAHNIAH buat mereka! sempat juga aku menjengah ke 

majlis meraikan mereka.... seronok bangat!!!!!! hehe... =)



tahniah buat rakan seperjuanganku ketika d bangku sekolah yg 

menamatkn zaman daranya, NURUL FASHAH HUSSIN n pasangannya... 

tidak lupa juga tahniah kpd JUHERDA HARUN, juga rakan karibku

ketika d bangku sekolah....beliau telah bertunang dgn 

pasangannya.... aku turut tumpang gembira.... taniah juga kpd

sepupuku, MOHD HAFIZ yg telah menamatkn zaman bujangnya dgn gadis

pilihanhatinya, ANA SHAHIDA... smoga bahagia n kekal hingga ke

akhir hayat.... tahniah skali lagi... 



...............................



There was an error in this gadget