AYU  RIHANA terkejut apabila dia dilamar oleh anak bujang jirannya. Pinangan   jejaka egois dan berstatus tinggi itu tidak langsung diimpikan.  Tambahan pula,  mereka tidak saling mengenali mahupun bertegur sapa  sejak tinggal berjiran.  Malah, dunia mereka jauh berbeza umpama langit  dengan bumi.
Kehidupan  Syamil Bakhtiar yang sentiasa dihimpit gadis-gadis cantik kian  berubah  sejak dia terlihat kepolosan wajah ayu. Dia nekad mahu mendekati gadis   kacukan itu biarpun latar peribadi mereka tidak setara. 
Namun,  perubahan itu  hanya seketika. Ugutan seorang bekas teman tapi mesra  Syamil menghumban dia  kembali kepada sikap suka berfoya-foya dan  bersosial hingga lewat pagi. Jauh di sudut hati, Ayu terluka.  Dia  sering menjadi mangsa keadaan. Namun, dia cuba bertahan demi kasih dan   janjinya. Tanpa jemu, Ayu menitip rantaian doa dengan harapan dia mampu  membawa  Syamil pulang semula ke mahligai impian yang mereka  idam-idamkan.

 
 
ni latest novel from alaf... going 2 find it...=)
ReplyDelete